Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Oct 24, 2012

Bercuti di Kampung


Sejak bertahun-tahun tidak balik kampung, last Friday, saya, mak dan Hubby akhirnya balik kampung di Telupid kg. Gading 1..

Perjalanan kami bermula pada hari jumaat, 19 October 2012 pada jam 2.30 setelah segala urusan hubby selesai.. Kami pun mulakan perjalanan kami..Memandangkan perjalanan yang jauh, kami terpaksa berhenti di Pekan Ranau untuk berehat sambil minum-minum kupi..heheh..Setelah itu, kami mulakan perjalanan.. Tepat jam 8 malam kami sampai di pekan Telupid.. Kami berehat sambil makan malam...Lapar sudah masa tu..huhu... Lepas tu, kami bergerak ke rumah sepupu yang tidak jauh dari pekan... kurang dari 5minit kami sampai di rumah sepupu saya...

Rupanya..mereka sedang menunggu-nunggu kedatangan kami... Mereka menunggu sambil minum-minum... Apa lagi, Hubby saya nie x kesabaran..terus join mereka minum..Huhu... Kira-kira jam 2 baru mereka selesai minum... Bayangkan penatnya menunggu tu dengan rasa kepenatan lagi...Aduiiii...

Sabtu, 20 October 2012, bangun se awal jam 6 pagi.. bersiap sedia ke Tongod untuk urusan konvensyen UPKO Bahagian Kinabatangan.. selepas selesai saja konvensyen kami balik terus ke rumah sepupu untuk berehat...

Aktiviti Sabtu malam bermula lagi, saya hanya duduk dirumah bercerita dengan sepupu saya.. sementara hubby dan laki sepupu saya ke rumah mentua... Aktiviti minum bermula lagi, sehingga lah jam 3 pagi...Waduhhhh....

Ahad, 21 October 2012, kami telah planning awal untuk berkelah.. malangnya mak saya tidak dapat ikut kerana sewaktu kami dalam perjalanan untuk berkelah, kami singgah sebentar di pekan untuk membeli makanan ringan.. Mak pun ikut turun ke kedai pada masa tu..Setelah kami selesai membeli kami pun keluar.. Tidak disangka, mak terhantuk kayu peghadang matahari didepan kedai tu..Sekali saya tengok..Berdarahhh..Apa lagi saya panik gila...huhu...Nabis baik, Klinik berdepan dengan kedai tu saja terus kami menghantar mak ke klinik...Selesai saja mak dirawat oleh doktor, kami terus menghantar mak pulang untuk berehat.. 

Tapi aktiviti berkelah kami teruskan juga sehinggalah jam 2 ptg baru la pulang ke rumah.. Selesai saya berehat, tepat jam 3.30 petang kami pun mulakan perjalanan balik ke KK dan sampai ke rumah tepat jam 8.30 malam...

Walaupun kejadian tidak diingin berlaku masa di kampung, tapi kenangan manis itu tetap ada...

Ok..Let enjoy our photo..Aktiviti kami sepanjang di Kampung Telupid...

Konvensyen UPKO Kinabatamgan

Konvensyen bermula dengan ketibaan Menteri-Menteri dan President UPKO

Aktiviti berkelah.. Semua berpeace2 ooo...:-)

Happy saja nampak nie...

Me and My cousin

Aktiviti memanggang sayap ayam...

Makan ditepi sungai... Anak buah and my cousin Son...

Hubby sama My cousin daughter 




Me and Cousin Daughter


Pemandangan Sungai...Cantik kan...


2 of us..


Have a blessed day, everyone.. Cheers..

4 Lovely Comments:

  1. Bestnya! Lama tidak BBQ and mandi sungai. I hv to find a time for those. :)

    ReplyDelete
  2. Stella- ya mmg best kan Stella..but saya x pandai mandi sungai...mcm fobia nie..bila saya masuk air smp paras dada..mcm mau lemas pula saya rasa..huhu...

    ReplyDelete
  3. sioknya kamu! Lama owh sy nda mandi sungai!! Eh kampung uncle sy pun d telupid pula..

    ReplyDelete
  4. hehe, jum kita buat picnic di babagon, saya sudah pergi sana, nampak best.. lain kali kita planning..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...