Masa berlalu begitu pantas..tanpa ku sedari kita hampir ke hujung dunia...Opsss...hujung tahun...;-) Masing-masing sibuk dengan aktiviti seharian..ada yang sibuk mencari rezeki, ada yang sibuk melayan karenah anak-anak, ada yang akan bergelar ibu dan ada yang akan menjadi isteri kepada sang suami... Begitu indahnya ciptaan Tuhan kan...
Hampir Sebulan lebih sudah berlalu, dan bergelar isteri kepada suami tercinta...Aktiviti harian sebagai seorang isteri tidak jauh beza sewaktu zaman bujang..heheh...Cuma tanggungjawab sebagai isteri harus dilaksana...seperti mengurus makan minum dan pakaian suami...Bab untuk menjadi seorang ibu pula belum terlaksana....kalau ada rezeki ada juga tu kan...*Wink* May be kehidupan pada masa tu akan jauh lebih berbeza..lebih gembira...
Sehingga aktiviti blogging tergendala seketika.. hehehe...Masih banyak lagi pending story yang belum kena blog out..huhu...Sabar peminat-peminat sekalian ya...
By the way...Welcome July..Hopefully this month will bring more luck, healthy and happiness into our life....
Feeling : Grateful